CHOBE RIVER - BOTSWANA. Lebih 400 ekor kerbau yang dipercayai dikejar sekumpulan singa ditemui lemas dalam sebuah sungai di utara Botswana minggu ini, kata pihak berkuasa.

Media Namibia melaporkan, insiden Selasa lalu berlaku di Sungai Chobe berhampiran sempadan Namibia.

Menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar, Pemuliharaan Sumber Asli dan Pelancongan Botswana, siasatan awal mendapati satu kumpulan besar kerbau sedang meragut rumput apabila ia dikejar sekumpulan singa lalu masuk ke dalam sungai Chobe.

Dianggarkan lebih 400 kerbau lemas dalam keadaan kelam kabut berkenaan, termasuk terjatuh dari tebing sungai yang curam. - AFP