JAKARTA - INDONESIA. Kira-kira 35,000 pelanggan dari sebuah agensi pelancongan di Indonesia, First Travel, kerugian sekurang-kurangnya 550 bilion Rupiah (RM176 juta) selepas duit yang dibayar untuk mengerjakan umrah ditipu.

"Secara keseluruhan, terdapat 70,000 bakal jemaah yang membuat pembayaran. Tetapi hanya 35,000 orang dapat mengerjakan umrah manakala selebihnya telah diberi pelbagai alasan," jelas pengarah jenayah umum Agensi Penyiasatan Jenayah Polis Kebangsaan, Herry Rudolf Nahak.

Menurut Herry, pengarah presiden First Travel, Andika Surachman dan isterinya Anniesa Desvitasari Hasibuan telah diberkas dan akan ditahan selama 20 hari sementara siasatan dijalankan.

Pasangan itu ditahan di Pejabat Kementerian Hal Ehwal Agama ketika mereka sedang cuba meyakinkan pegawai agar tidak membatalkan permit operasi mereka.

Siasatan bermula apabila 13 kakitangan First Travel buat laporan polis selepas beberapa pelanggan mengadu bahawa wang yang dibayar kepada agensi tersebut tidak digunakan untuk membayar ziarah mereka. - Agensi
 

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :