BEIJING - CHINA.Sekurang-kurangnya 32 warga China dan empat rakyat Korea Utara dilaporkan maut dalam nahas bas di Korea Utara, kata Kementerian Luar China hari ini.

“Kami masih menyiasat punca kemalangan yang berlaku semalam,” kata jurucakap kementerian berkenaan, Lu Kang, selepas Beijing mengatakan terdapat ‘banyak kematian’ dalam kemalangan tersebut.

Terdahulu, media tempatan China, CGTN melaporkan menerusi Twitter, lebih 30 maut apabila sebuah bas pelancong jatuh dari jambatan di Korea Utara.

Tweet itu bagaimanapun dipadam selepas itu.

Kakitangan kedutaan China di Pyongyang bergegas ke lokasi kejadian di wilayah Hwanghae Utara selepas dimaklumkan akan insiden terbabit dan sedang berusaha menguruskan situasi.- AFP