TUNIS - Penerbit dan dua editor akhbar Attounisia di Tunisia ditahan, kelmarin atas kesalahan melanggar moral awam, menurut Kementerian Keadilan selepas mereka menerbitkan gambar seorang pemain bola sepak dengan teman wanitanya yang berbogel.
Jurucakap kementerian itu, Chokri Nafti berkata, gambar pemain kelab Real Madrid, Sami Khedira dalam gaya mengghairahkan bersama teman wanitanya, model Jerman Lena Gercke telah mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak terutamanya puak pelampau.
Sejak kejatuhan pemerintahan bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali, gerakan ultrakonservatif dilihat cuba untuk menangkis elemen sekular dalam masyarakat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





