LONDON - BRITAIN. Sebanyak 27 kanta lekap ditemui dalam mata seorang wanita yang langsung tidak disedarinya.

Pesakit berusia 67 tahun itu tidak menyedari kanta lekap berada di matanya dan menyangka rasa tidak selesa yang dialaminya pada matanya disebabkan oleh mata kering dan faktor usia.

Pakar mata, Rupal Morjarian memberitahu Optometry Today, sebanyak 17 kanta lekap ditemui manakala 10 yang kain ditemui pada mata wanita selepas pemeriksaan lanjut di Hospital Solihull.

Menurut Morjarian, sepasukan doktor termasuk pakar mata yang berpengalaman lebih 20 tahun terkejut dengan penemuan ini.

"Tiada siapa yang pernah melihat situasi seperti ini sebelum ini.

"Semua 17 kanta lekap tercantum bersama-sama. Kami sangat terkejut kerana pesakit tidak menyedarinya kerana ia akan menyebabkan kerengsaan jika ia tersekat disana," katanya.

Pembedahan katarak ditangguhkan selepas penemuan mengejutkan tersebut.

"Memandangkan kanta lekap berada dimatanya untuk tempoh masa yang tidak diketahui dan jika pembedahan dilakukan, ia akan menyebabkan bakteria di sekitar selaput matanya.

Wanita itu telah memakai kanta lekap selama 35 tahun lalu dan tidak mendapat nasihat daripada pakar mata biasa.

Morjarial berkata, kejadian ini diharap akan memberi kesedaran kepada orang ramai.

"Kanta lekap digunakan setiap masa, tetapi jika ia tidak dipantau dengan betul, kita dapat melihat ramai orang akan mengalami jangkitan mata yang serius dan boleh menyebabkan mereka kehilangan penglihatan," kata Morjaria.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.