NAIROBI - KENYA. Sekurang-kurangnya 26 maut dan ramai lagi cedera selepas sebuah bas bertembung dengan trak  di lebuhraya di antara Nairobi dan Mombasa, lapor AFP.

"Ia satu pelanggaran yang sangat dahsyat. 26 maut dalam kemalangan tersebut," kata ketua polis Kibwei, Leonard Kimaiyo

Seorang lagi pegawai kanan berkata, bas yang menuju ke Mombasa cuba memotong beberapa kenderaan dan bertembung dengan sebuah lori tangki minyak.

Kenya mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang teruk iaitu sehingga 3,000 orang terbunuh setiap tahun menurut polis. 

Disember lalu, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh kemalangan kira-kira 100 kilometer (60 batu) barat laut Nairobi, di mana lori tangki melanggar beberapa kenderaan lain sebelum meletup.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.