KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 22 dilaporkan maut selepas pengebom nekad menyerang sekumpulan penunjuk perasaan di sebuah lebuh raya terletak di antara Jalalabad dan sempadan Pakistan.

Jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khoghani berkata, 23 lagi mangsa dilaporkan cedera.

Namun, anggota majlis kerajaan tempatan, Sohrab Qaderi, berkata sekurang-kurangnya 45 terbunuh, manakala mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital, dan jumlah korban bakal meningkat.

Penyerang dipercayai menyasarkan ratusan kumpulan penunjuk perasaan yang menyertai bantahan terhadap komander tentera tempatan.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan. - Reuters