PARIS - PERANCIS. Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam kejadian banjir kilat di wilayah Aude, barat daya Perancis, sekali gus mencetuskan amaran merah, hari ini.

Pihak berkuasa memaklumkan insiden itu berlaku hanya selepas hujan berterusan selama beberapa jam hingga menghalang laluan di beberapa kawasan.

"Seorang biarawati turut dihanyutkan arus deras sungai Aude," lapor stesen penyiar BFMTV.

Kebanyakan penduduk dilaporkan terperangkap di bumbung rumah dan terpaksa diselamatkan melalui jalan udara kerana terlalu berbahaya untuk bot.

Banjir itu disifatkan terburuk dalam tempoh lebih 100 tahun.

Sebanyak tujuh helikopter bersama 700 anggota penyelamat dikerah untuk membantu menyelamatkan penduduk yang terperangkap.

Di Trebes, paras banjir mencecah sehingga 7 meter. - BBC