CAMBRIDGE, Massachusetts - Sekitar 125 penuntut Universiti Harvard sedang disiasat berhubung kesalahan menipu - skandal salah laku terbesar membabitkan pusat pengajian tersohor itu.

Siasatan itu memfokus unsur-unsur plagiat membabitkan sekumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan kursus berkaitan pentadbiran kerajaan yang dibenar untuk dibawa balik.

Pelajar-pelajar terbabit didakwa bekerjasama sesama sendiri dengan meniru jawapan, kata pegawai-pegawai universiti dipetik laporan Telegraph.

Beberapa penuntut yang mempunyai maklumat berkenaan siasatan berkata kursus yang disiasat adalah Government 1310: Introduction to Congress (Kerajaan 1310: Pengenalan kepada Kongres), kata akhbar Harvard, Crimson dipetik laporan itu.

Tenaga pengajar Harvard menghabiskan beberapa bulan untuk meneliti kertas peperiksaan terbabit bagi mengenal pasti pelajar-pelajar yang kini disiasat oleh Lembaga Pentadbiran, kata Dekan Pengajian Siswazah, Jay Harris.

Penuntut-penuntut yang melanggar peraturan univerisit boleh dikenakan hukuman, termasuk diminta menangguhkan pengajian selama setahun.

"Dakwaan ini jika terbukti, ia menggambarkan satu perbuatan yang tidak boleh diterima, yang mengkhianati kepercayaan ke atas aspek menjana daya intelek  di Harvard," Presiden Harvard Drew Faust.

Tindakan Lembaga Pentadbiran adalah rahsia dan oleh itu  Harvard tidak akan mendedahkan identiti pelajar atau kursus yang mereka ambil.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :