YANGON - MYANMAR. Kumpulan pemberontak Rohingya menepis dakwaan Kerajaan Myanmar bahawa 10 etnik minoriti itu yang dibunuh pasukan keselamatan ketika serangan di Rakhine, September lalu adalah militan.

"Kami dengan ini mengisytiharkan bahawa 10 orang awam Rohingya tidak bersalah yang ditemui dalam sebuah kubur besar di Inn Din Village Tract bukan Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (Arsa) dan tidak mempunyai hubungan dengan Arsa," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Beberapa hari lalu, tentera Myanmar mengaku bahawa pasukan keselamatan telah membunuh 10 militan Rohingya yang ditangkap dalam tindakan keras tatmadaw.

Susulan pengakuan itu, Penasihat Negara Aung San Suu Kyi menyifatkan ia sebagai sesuatu yang positif di mana tentera bertanggungjawab terhadap tindakan anggotanya.

"Ia adalah langkah baharu untuk negara kita. Sesebuah negara perlu bertanggungjawab terhadap kedaulatan undang-undang dan ini adalah langkah pertama ke arah perkara positif," katanya. - Agensi

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • YANGON - MYANMAR. Myanmar dan Bangladesh bersetuju menghantar pulang penduduk Islam Rohingya dalam tempoh dua tahun, garis masa pertama penghantaran balik ratusan ribu pelarian di Dhaka.
  • YANGON - MYANMAR . Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda rantau Bago di Myanmar pada pagi Jumaat, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Meteorologi dan Hidrologi.
  • YANGON - MYANMAR. Sebuah mahkamah di Myanmar, semalam melanjutkan tempoh tahanan dua wartawan agensi berita Reuters kepada dua minggu lagi selepas siasatan masih diteruskan berhubung dakwaan melanggar Akta Rahsia Rasmi yang membawa hukuman penjara 14 tahun jika disabit bersalah.
  • YANGON - MYANMAR. Organisasi kemanusiaan memberi amaran lebih 500,000 juta kanak-kanak Rohingya di Bangladesh mungkin tidak akan ke sekolah tahun depan.