• Gary dan Ji Hyo Gary dan Ji Hyo
1 /

TERKENAL dengan jolokan ‘Monday Couple’ dalam program Running Man, Gary dan Song Ji Hyo, terus membuatkan peminat mereka menjerit kegembiraan.

Dalam episod terbaru, Gary dan Ji Hyo perlu membuka helmet menggunakan kunci dan Haha secara spontan telah mengusik Ji Hyo dengan menyuruh mereka berkahwin jika Ji Hyo dan Gary berhasil membuka helmet tersebut.

Namun sebaik Ji Hyo berjaya membuka helmet Gary, Gary secara spontan mengajak Ji Hyo ke gedung perkahwinan dan mengharapkan rakaman episod tersebut dapat diselesaikan segera.

Beberapa peminat yang sudah menonton rakaman berkenaan mengharapkan Gary benar-benar berkahwin dengan Ji Hyo, apatah lagi peserta tunggal wanita dalam program itu dikatakan sudah kembali single.