APABILA ditanya tentang segelintir pihak  yang tidak berpuas hati terhadap Baginda SAW, beliau menerangkan, rasa tidak puas hati itu berlaku disebabkan beberapa faktor:

"Pertama, pengalaman peribadi yang menyebabkan seseorang memberontak daripada konsepsi lama yang membelenggu diri. Ramai saya jumpai anak-anak muda yang beralih daripada Islam kepada ateisme kerana kecewa dengan sikap keluarga yang melakukan kekerasan atas nama Islam. Saya turut melihat kaum isteri yang mempertikaikan hukum Islam mengenai poligami kerana kecewa dengan sikap sesetengah pelaku poligami yang tidak menampilkan akhlak dan adab yang dituntut oleh Islam.

"Saya berasakan semua pihak wajib bermuhasabah. Pada saat kita berusaha memulihkan akidah dan meluruskan salah fahaman ini, kita perlu mengingatkan diri sendiri untuk mengamalkan ajaran Islam yang menjunjung keadilan, keindahan akhlak dan kehalusan budi.

"Kedua, perkara ini berlaku apabila merujuk satu perkara kepada bukan ahlinya. Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang yang tidak puas hati dengan hukum Islam selepas mendengarnya daripada pihak yang tidak berautoriti. Selepas mendapat penjelasan daripada seseorang yang benar-benar pakar, kemusykilan dan perasaan tidak puas hati itu segera hilang," jelasnya.

Menurutnya, ilmu agama sangat luas dan rumit. Terkadang seorang ustaz hanya menguasai satu bidang ilmu dan jahil perihal ilmu-ilmu yang lain. Bahkan tiada seorang ustaz yang menguasai semua ilmu agama. Justeru, rujuklah kepada pakar dan berautoriti.

Beliau juga menggalakkan tokoh-tokoh agama untuk mengamalkan sikap tawaduk dan mengaku tidak tahu dalam perkara-perkara yang bukan kepakaran mereka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SABAR...mudah disebut tetapi memerlukan kekuatan jiwa untuk melakukannya. Sabar adalah sifat mahmudah yang mampu menahan diri daripada melakukan kejahatan. Lawan sabar adalah marah, mengeluh dan merungut.
  • "DULU dua beradik ini hidup senang kerana ibu bapa mereka ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru, malah si abang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar raya itu.
  • PENGAMBILAN anak angkat sudah menjadi satu trend di Malaysia. Sama ada dalam kalangan pasangan yang sudah lama berkahwin, mahupun bujang.
  • SATU perkara yang harus difahami adalah, keikhlasan bermula daripada keimanan dan ketaatan kepada ALLAH SWT.
  • Mati lemas ketika dihanyutkan bah, adakah boleh dikategorikan syahid atau sebaliknya?