BENARKAH tanggapan sesetengah pihak, Rasulullah SAW pernah tidak berlaku adil terhadap isterinya? Umar menjawab, ini salah satu contoh salah faham yang saya maksudkan.

Puncanya adalah melihat peristiwa sejarah tanpa disiplin ilmu yang memadai. Pandangan yang melihat maklumat dan fakta secara sepotong-sepotong hanya akan menatijahkan konsepsi yang tidak sempurna.

"Sekiranya kita mengkaji dengan disiplin ilmu yang tepat, kita akan melihat Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik sekali gus paling adil kepada isteri-isterinya.

Tiada manusia di atas muka bumi ini yang boleh membahagi masa dan kasih sayang kepada sembilan isteri seperti yang berjaya dilakukan oleh Baginda SAW.

Walaupun usia dan kecantikan mereka berbeza-beza, Baginda SAW tidak pernah melebihkan salah seorang daripada mereka dalam nafkah, layanan, penginapan dan tempat tinggal.

Aisyah berkata kepada 'Urwah bin Al-Zubeir: "Wahai anak saudaraku, Rasulullah  tidak melebihkan sebahagian kami atas sebahagian yang lain dalam giliran. Hampir setiap hari Baginda mendatangi kami semua. Baginda menghampiri setiap isteri tanpa menyentuhnya. Apabila tiba pada isteri yang menjadi gilirannya pada hari itu, Baginda bermalam padanya." (Riwayat Abu Dawud)

Apabila Nabi SAW pertama kali menikahi Ummu Salamah, Baginda SAW tinggal dengannya selama tiga hari. Baginda SAW lalu bersabda: "Sesungguhnya engkau tidak hina di sisi suamimu. Jika engkau mahu, aku akan memberimu tujuh hari. Jika aku memberimu tujuh hari, aku akan memberi tujuh hari kepada isteri-isteriku yang lain." (Riwayat Muslim)

"Jika isteri Baginda SAW sendiri berpuas hati dengan keadilan Baginda SAW, maka orang lain tidak patut mengatakan Baginda SAW tidak adil kepada isteri-isterinya. Apalagi orang-orang di zaman kita yang melihat keluarga Nabi SAW dari jauh," ulas beliau.

Menurutnya lagi, bagaimana mungkin Baginda SAW tidak adil kepada isteri-isterinya padahal Baginda SAW sendiri menyuruh suami berperilaku adil kepada isteri-isteri mereka?

 Baginda SAW bersabda: "Siapa yang memiliki dua isteri, lalu dia melebihkan salah satu seorang daripada kedua-duanya, maka pada hari kiamat dia akan datang dengan miring salah satu sisi tubuhnya." (Riwayat Abu Dawud)

Katanya lagi, ini adalah ancaman Baginda SAW kepada suami yang menzalimi salah seorang isterinya.

Mungkinkan Baginda SAW yang diperakui jujur ini kemudian menyalahi ucapannya sendiri?

Jangan bayangkan Baginda SAW seperti kebanyakan suami zaman sekarang yang cakap tidak serupa bikin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BAGI menyempurnakan akhlak yang mulia, pegangan agama dapat mendidik dan memurnikan akhlak seseorang. Tanpa agama seseorang itu tidak mempunyai panduan hidup yang jelas dan lurus. Pendidikan hati dan jiwa dengan akhlak yang baik akan memandu kepada kesejahteraan hidup.
  • WAJAHNYA sedikit murung. Kelihatan ada air mata yang tertahan daripada mengalir keluar. Sesekali diseka hujung mata dengan tangan. Anak jantan, tak ingin dilihat larut dalam tangisan.
  • DALAM Surah Al-Israk ayat 78 ALLAH berfirman, “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah solat Subuh). Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan.”
  • UNGKAPAN reda ALLAH SWT berada pada reda ibu bapa, syurga di bawah telapak kaki ibu, kasih ibu bawa ke syurga dan kasih bapa kekal selamanya menunjukkan betapa ibu bapa perlu diberi status kedudukan yang amat mulia.
  • Assalamualaikum ustaz, apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berasa was-was ketika mendirikan solat. Contohnya, sangsi sudah tahiyat awal atau belum?