SALAH satu antara banyaknya nikmat syurga adalah bagi lelaki akan diberikan bidadari-bidadari yang cantik dan indah.

Menurut Editor Kanan Karya Bestari, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, ALLAH SWT ada menyebutkan hal ini di dalam surah al-Naba (78):33.

Namun, katanya, ada juga timbul persoalan, adakah sekiranya suami dan isteri yang masuk syurga, apabila dianugerahkan bidadari kepada si suami maka isteri akan cemburu?

“Jawapannya sama sekali tidak. Ini kerana ALLAH SWT juga telah pun menyatakan dalam surah yang sama pada ayat ke-35.

“Antara lain membawa maksud di dalam syurga nanti tidak kedengaran percakapan yang sia-sia serta perkataan dusta (tidak baik),” katanya.

Mohamad Amiro menambah, ketika di syurga, tidak akan ada perasaan yang tidak baik seperti cemburu dan sebagainya. 

“ALLAH SWT akan mencabut sifat cemburu ini bagi semua ahli syurga supaya mereka hidup dalam keadaan lebih manis di dalamnya.

“Adapun bagi si isteri, dia akan menjadi ketua bidadari kepada suaminya di dalam sana,” ujarnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ADAKAH merokok satu tabiat yang baik?
  • SAYA mulakan jawapan ini dengan pengertian sumpah. Perkataan 'aiman' ialah kata jamak bagi perkataan 'yamin'. Daripada segi bahasa, bererti kekuasaan.
  • AKHLAK yang baik dan indah terzahir apabila dipasak dengan amal soleh yang ikhlas dan didasari ilmu pengetahuan. Pasakkan itu ibarat gunung yang menjulang tinggi sehingga diseliputi awan indah di kemuncaknya. Pencarian ilmu agama itu sangat penting dalam diri individu seorang Muslim. Tanpanya kita akan semakin hilang arah,” demikianlah kata-kata motivasi yang dimuat naik di laman sosial milik pendakwah, penulis buku, bekas pensyarah dan juga pakar dalam bidang perbankan dan kewangan Islam; Dr Zaharuddin Abd Rahman.
  • NABI Muhammad SAW pernah bersabda: "Manusia yang paling awal akan diadili ialah seseorang yang mati syahid. Lalu ALLAH memperlihatkan kepadanya nikmat yang pernah diberikan. ALLAH bertanya: "Apakah yang telah kamu lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut?"
  • ALLAH SWT berfirman: "Sesungguhnya ALLAH telah menerima taubat Nabi dan Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir terpesong hati segolongan daripada mereka (mengikuti Nabi untuk berjuang); kemudian ALLAH menerima taubat mereka; Sesungguhnya ALLAH amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka. Dan tiga orang yang ditangguhkan hingga apabila bumi yang luas ini berasa sempit kepada mereka, dan hati mereka pula menjadi sempit, serta mereka yakin tidak ada tempat untuk mereka lari daripada ALLAH melainkan kepada-Nya sahaja; kemudian ALLAH menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya ALLAH Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah At-Taubah: 117 & 118)
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.