JENAMA penjagaan peribadi ternama, Follow Me, memperkenalkan rangkaian anti-bakteria formulasi baharu iaitu Whitening dan Beauty Moisturising (RM13.90 untuk botol 1000ml). Formulasi baharu ini memberikan perlindungan dan kelembapan kepada kulit pada masa sama, memberikan haruman pada badan pengguna. Rangkaian anti-bakteria baharu Follow Me bukan sahaja membunuh 99.99% bakteria berbahaya malah mempunyai pH 5.5 dan bebas daripada paraben dan triclosan supaya kulit pengguna lembut dan lembap selepas menggunanya. Tiga varian terdahulu iaitu Extra Cool, Natural Fresh dan Family Protection kekal mencatatkan jualan terbaik dalam pasaran.