U MOBILE mencatat kejayaan membanggakan di Anugerah  Kecemerlangan Malaysia Frost & Sullivan tahun  ini  setelah  meraih  empat  anugerah  secara  keseluruhan  buat  ke sekian  kalinya.  

Tahun  ini  juga  merupakan  kali  kedua  pengiktirafan  U  Mobile  sebagai  Pembekal  Perkhidmatan  Data  Mudah  Alih  Terbaik  Malaysia.  

Syarikat  telekomunikasi  itu  turut  berbangga  dengan  penganugerahan Anugerah  Kecemerlangan  2018  untuk  Pengalaman  Pelanggan  -  Pengalaman  Dalam  Talian  dalam  Industri  Telekomunikasi,  Anugerah  Kecemerlangan  Malaysia  2018  untuk  Pengalaman  Pelanggan  -  Pengalaman  Mudah  Alih  dalam  Industri  Telekomunikasi,  dan  juga  Anugerah  Kecemerlangan  Malaysia  2018  untuk  Pengalaman  Pelanggan  -  Pengalaman  Keseluruhan  dalam  Industri  Telekomunikasi.

Ketua  Pegawai  Eksekutif,  Wong  Heang  Tuck,   berkata, bahawa  U  Mobile  berbesar  hati  dianugerahkan  pengiktirafan  Frost  &  Sullivan  sekali  lagi.

“U  Mobile  sentiasa  membuat  pembaharuan  untuk  mewujudkan  idea  tanpa  batasan  demi  mempertingkatkan  pengalaman  pelanggan  dari  segi  data  mudah  alih  dan  juga  khidmat  pelanggan.  

"Secara  tidak  langsung,  pengiktirafan  anugerah  ini  sangat  menggalakkan  kerana  ia  membuktikan  kami  sedang  memacu  ke  arah  matlamat  yang  ingin  dicapai  dan  memberikan  respons  secara  tepat  terhadap  permintaan  pelanggan," katanya.