PEMINAT Tsum Tsum akan gembira dengan Koleksi Thum Thum yang baru dilancarkan oleh Mentholatum. Bukan saja comel dan menarik, ia juga amat segar dan seronok untuk digunakan dengan aroma buah-buahan yang menceriakan dan aroma bunga yang menyegarkan. Koleksi Mentholatum Thum Thum ini terdiri daripada masker wajah, pelembap bibir, krim tangan serta pencuci muka.