PEMINAT topeng muka dan penjagaan kulit kini boleh mendapatkan siri topeng muka sutera, Dr Morita Silk Fiber yang dilancarkan baru-baru ini oleh jenama topeng muka Jepun terkemuka, Dr Morita. Dr Morita Silk Fiber yang diperbuat daripada sutera mewah halus dan berkualiti tinggi disesuaikan dengan pelbagai bentuk wajah berfungsi melepaskan serum formulasi khas ke dalam kulit. Siri topeng muka sutera Dr Morita dibarisi enam pilihan, bermula dengan Dr Morita Silk Fiber Moisturizing Facial Mask,  Dr Mortita Silk Fiber Anti-Wrinkle Facial Mask, Dr Morita Silk Fiber White Facial Mask, Dr Morita Silky Smooth Skin Essence Facial Mask, Dr Morita Skin Essence Facial Mask dan Dr Morita Silky Glowing Skin Essence Black Facial Mask.