BIBIR menjadi salah satu aset terpenting wanita yang kian disasarkan dalam dunia kecantikan dengan lonjakan produk bibir dan lipgloss yang mengambil alih pasaran. Jadi, bagaimana untuk meningkatkan penampilan bibir tanpa melibatkan sebarang jarum? Daripada tip alat solek hingga skrub DIY, lihat cara berbeza yang boleh anda lakukan.

Rawatan semula jadi

Minyak cengkih bermanfaat untuk membuat bibir tebal dan memberikan kesan mungil. Campurkan minyak ini dengan minyak asas dan sapukan ke bibir. Gunakan puting kapas untuk menggosokkan minyak ini kepada bibir anda; biarkan minyak selama beberapa minit. Ini akan menyerap minyak; bilas bibir anda dengan air sejuk.

Minyak kayu manis sedikit merengsakan membran bibir; tetapi berkesan menebalkan bibir. Ambil dua hingga tiga titis minyak daun kayu manis dengan sedikit titisan cecair ekstrak B3. Campurkan bahan tersebut dan uji di bibir.

Capsicum mudah didapati di rumah dan kaedah berkesan untuk memungilkan bibir secara semula jadi. Campurkan minyak lada dengan gloss; ini akan memungilkan bibir dan menjadikannya lebih berisi dan seksi.

Kaedah lain ialah sediakan pes dengan lada dan air dalam mangkuk. Jika campurannya terlalu tebal, tambah air; jika terlalu nipis tambah lada. Sapukan lapisan nipis ke bibir dan biarkan ia meresap ke lapisan kulit bibir yang dalam. Biarkan ia kering selama beberapa minit; bilas dengan air sejuk dan anda akan mendapat bibir yang lebih mungil secara semula jadi.

Mengelupas

Pengelupasan bibir menghilangkan sel-sel kulit mati dan menjadikan bibir anda tebal, lembut dan berisi. Anda harus minum banyak air. Gunakan vaselin di bibir membantu melindungi bibir daripada rintangan angin dan kerosakan daripada sinaran matahari.

Pengelupasan diperlukan bukan sahaja untuk membersihkan serpihan kulit mati, tetapi juga meningkatkan peredaran darah ke bibir anda. Ini akan menjadikan bibir berwarna merah muda dan tambah isi.

Solekan

Anda boleh memberikan penampilan bibir penuh dengan membesarkan sedikit bentuknya. Untuk warna bibir, cuba pensel bibir dan concealer berwarna nude untuk menaikkan bentuk bibir anda.

Sekiranya anda ingin memberi ilusi bibir mungil, beralih kepada lip gloss dan krim, bukannya matte. Jika bibir berkilat bukan gaya anda, cuba tekan-tekan tengah bibir bawah anda dengan jari. Ini akan memberi kesan kepada kawasan tersebut dan meningkatkan kesan. Tip ini memberi kesan bibir yang lembut dan menggiurkan.

Sumber: https://hellodoktor.com/