WONDA Coffee meraikan Hari Kopi Wonda Antarabangsa (IWCD) tahunannya pada skala yang lebih besar dan lebih baik dengan memberikan tiket percuma kepada 6,000 penumpang MRT.

Pada tahun ini, Wonda Coffee telah bekerjasama dengan MRT Corp (Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd) untuk menawarkan penumpang perkhidmatan percuma ke mana-mana destinasi pilihan mereka dengan menggunakan kemudahannya.

Berikutan kejayaan penganjuran tahun lalu, Wonda Coffee mengalihkan gearnya dalam mengamalkan konsep kreatif mereka dari tol ke pengangkutan awam untuk perjalanan pengguna.

Justeru, sambutan tahun ini, Wonda memberi ganjaran kepada penumpang MRT iaitu dari 28 hingga 29 Ogos lalu antara jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam, 3,000 penumpang bertuah setiap hari yang menunjukkan sebarang produk Wonda Kopi boleh mendapat tiket percuma bagi perjalanan mereka pada hari tersebut.

Pada masa yang sama, Wonda Coffee juga menjalankan pertandingan foto Instagram yang mudah dan menyeronokkan iaitu "Peraduan #wefiekopiwonda" bermula 28 Ogos dan berakhir pada hari ini (2 September), di mana peminat boleh berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

Cara penyertaan, setiap peserta perlu mengambil foto wefie kreatif (dalam kumpulan) dengan keluarga, kawan atau rakan sekerja dengan produk Wonda Coffee, sertakan kapsyen kreatif untuk menunjukkan bagaimana anda meraikan IWCD dan hashtag #wefiekopiwonda.