BERSEMPENA dengan demam bola sepak, Wonda Coffee, salah satu daripada jenama kopi siap sedia diminum (RTD), yang juga salah satu Penaja Siaran Astro Piala Dunia FIFA 2018 Rusia memperkenalkan tiga varian baru minumannya.

Tiga varian tersebut ialah Wonda 100% Arabica Peruvian Coffee, Colombian Coffee dan Brazilian Coffee.

Bagi menghangatkan lagi piala dunia tersebut, Wonda Coffee melancarkan peraduan eksklusif dengan Kedai Mesra Petronas dan menawarkan promosi istimewa dengan Shell Select dan 7-Eleven.

Pengguna juga boleh menyertai pertandingan SMS eksklusif dari 15 Mei hingga 15 Julai ini di mana mereka berpeluang memenangi bahan api percuma bernilai RM1,000 setiap hari.

Hanya perlu lakukan dengan membeli dua tin Wonda Coffee 240ml di kedai Petronas yang mengambil bahagian di seluruh negara, menyerahkan butir-butir penyertaan dan akan menerima nombor yang diberikan melalui SMS, bersama-sama dengan nama mereka seperti nombor IC, dan mengekalkan resit asal sebagai bukti pembelian.

Setiap resit melayakkan peserta untuk satu penyertaan SMS. Pemenang akan diumumkan setiap hari Isnin di laman Facebook WONDA Coffee Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, sila layari https://www.facebook.com/WondaCoffeeMalaysia/.