BAGI golongan ibu yang mempunyai anak-anak kecil, pemilihan syampu adalah penting bagi mereka. Justeru memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, Carrie Junior memperkenalkan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis. Boleh didapati dalam dua saiz iaitu pek 280g (RM10.10) dan untuk saiz 700g (RM20.70).