DULUX, jenama cat hiasan terkemuka AkzoNobel dan Nala Designs jalin kerjasama untuk memberikan suntikan warna sempena sambutan Aidilfitri dengan menganjurkan bengkel warna mural dan beg tote menggunakan cat.

Diketuai Pengasas Nala Designs, Lisette Scheers, bengkel berkenaan diadakan di Nala Muse, Bangsar Village II dan memberikan peluang kepada peserta melihat kehalusan penghasilan karya seni yang kaya dengan budaya.

Pengurus Besar AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, Indra Laban berkata, Dulux merupakan pejuang kuasa warna yang teguh.

“Kami percaya bahawa warna mampu mengubah keseluruhan komuniti dan mempengaruhi tanggapan kita terhadap dunia sekeliling," ujarnya.

Usaha sama dengan Nala Designs juga merupakan satu jalinan yang sempurna kerana mereka amat bersemangat dalam menghasilkan karya seni berilhamkan Malaysia yang bukan sahaja menonjol dan menarik perhatian tetapi, mampu memberi inspirasi kepada individu dan ia seiring dengan matlamat Dulux.