AMWAY baru-baru ini, melancarkan Atmosphere SKY, sebuah sistem rawatan udara bertaraf dunia yang berupaya menyelesaikan masalah pencemaran udara di dalam kediaman, masalah serius yang dihadapi pemilik rumah hari ini.

Atmosphere SKY ialah sistem rawatan udara generasi terkini daripada Amway yang bertindak pantas, senyap dan efektif, sementara mengekalkan kadar kecekapan tenaga yang tinggi dengan penggunaan elektrik yang rendah.

Ketua Pemasaran Amway Malaysia, Leong Kok Fong berkata, sistem rawatan udara tiga tapisan yang menggunakan teknologi Intelliflow serba canggih itu, berupaya menyingkir 99.99 peratus partikel sekecil 0.007 mikron dengan berkesan apabila ia melalui unit berkenaan.

Mempunyai Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) tidak kurang daripada 300 pada tahap kelajuan 5, produk tersebut amat sesuai digunakan untuk membersihkan udara di dalam bilik berkeluasan 43.5 meter persegi (465 kaki persegi).

Produk berkenaan turut dilengkapi dengan aplikasi “Atmosphere Connect” yang membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar mereka untuk mengawal unit tersebut dari mana-mana sahaja, tidak kira masa selagi unit berkenaan bersambung dengan internet.