SEALY Malaysia, pembekal tilam mewah prestasi tinggi terkemuka dengan teknologi yang dipatenkan, membuka satu lagi butik baharu di Ampang, Kuala Lumpur.

Pembukaan itu bagi menampung pertumbuhan dan permintaan pelanggan yang berpendapatan tinggi di kawasan dan isi rumah berhampiran.

Sebelum ini, Sealy Malaysia mempunyai beberapa cawangan butik seperti di Bangsar, USJ, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, dan yang terbaharu ini akan lebih menyokong strategi pertumbuhan syarikat.

Pengurus Negara, Derek Yeoh berkata, pihaknya berharap, pembukaan butik di Ampang itu dapat menyediakan kemudahan kepada penduduk yang tinggal dan bekerja di kawasan tersebut.

"Tidur malam yang baik adalah pelaburan terbaik yang dapat dibeli oleh wang dan kami menjemput semua orang untuk berkunjung dan melawat cawangan ini bagi mendapatkan tilam penuh selesa dan mewah," katanya.