MULAKAN transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama Safi Dermasafe. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada Safi ini adalah hasil komitmen berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh Seri (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk halal terbesar di dunia.

Safi Dermasave diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar pH seimbang, tanpa paraben, bebas pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan ujian ke atas haiwan.

Lengkapkan rutin penjagaan wajah Safi Dermasafe dengan lima jenis produk rangkaian ini iaitu Pembersih Muka Mousse Gentle Care, Pembersih Muka Gel Mild & Gentle, Semburan Booster Hydrate & Refresh, Pelembap Siang Soothe & Hydrate dan Pelembap Malam Rehydrate & Recover.

Boleh didapati di Watsons, rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri pada harga RM19.90 hingga RM48.90.