PENGGUNAAN produk pewarna rambut yang kalis air adalah carian tertinggi di internet. Oleh itu, pengenalan rumusan pewarna baharu yang telus air oleh Garnier iaitu Calors Naturals Garnier bukan sahaja kalis air, malahan dapat membantu merawat rambut agar terjaga dan warna berkilau. Pewarna baharu ini juga menggunakan bahan-bahan berasaskan alam semula jadi, seperti minyak zaitun, avokado dan badam yang memberi ketahanan warna rambut selama lapan minggu. Rangkaian produk itu boleh didapati dalam kit RM19.90 dan sachet RM8.90.