DOVE menggerakkan kempen “Real Beauty” setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran beberapa inisiatif penting tahun ini iaitu filem kempen #BeautyUnitesUs yang memaparkan kepelbagaian kecantikan wanita Malaysia.

Filem tersebut adalah gerakan media sosial untuk berkongsi kecantikan dan memperkenalkan label ‘No Digital Distortion’ bagi menghapuskan manipulasi digital dalam semua iklannya di seluruh dunia.

Dove sedang berusaha mengambil satu lagi langkah untuk memastikan kecantikan sebenar menjadi sumber keyakinan untuk semua gadis, tidak kira di mana mereka berada.

Dove Malaysia turut berikrar untuk berbuat demikian dengan melancarkan kempen #BeautyUnitesUs pada tahun ini dan menampilkan wanita dari segenap lapisan masyarakat di negara ini. Kebanyakan wanita berkenaan dipilih berdasarkan gambar terbaik mereka, yang menggambarkan kecantikan sebenar dalam kempen #IamRealBeauty pada tahun lalu.

Sejajar dengan itu, pada tahun ini Dove ingin mengajak wanita Malaysia untuk berkongsi gambar mereka bersama-sama dengan teman rapat dalam media sosial dan menyatakan kecantikan teman rapat mereka, kerana #BeautyUnitesUs.

Dove Malaysia juga akan memperkenalkan label ‘No Digital Distortion’ ke atas semua kandungan iklannya bagi menunjukkan bahawa imej yang ditunjukkan tidak dimanipulasi secara digital. Inisiatif berkenaan mengukuhkan lagi komitmen Dove terhadap keyakinannya untuk memaparkan gambaran wanita yang 100 peratus tepat serta tulen, sebagaimana yang dapat kita lihat di dalam kehidupan yang sebenar.