WATSONS Malaysia telah melancarkan produk penjagaan kulit dari Korea, Pure Beauty yang mengetengahkan falsafah 4P iaitu ‘preparation (penyediaan), preservation (pemeliharaan), protection (perlindungan) dan prevention (pencegahan) dengan menggunakan estrak willow, untuk membantu meningkatkan kesihatan kulit, diikuti dengan penggunaan Neurolight daripada Natural Star Lily bagi mengurangkan bintik gelap.

Antara produk siri Illuminating Urban Shield yang boleh didapati di rak adalah Serum (RM59.90), Capsule Essence (RM69.90), Water Gel (RM55.90), Radiance Cream (RM59.90) dan Sun Protector dengan SPF50+ PA++++ (RM49.90).

Rangkaian produk Pure Beauty ini sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara dengan harga berpatutan. Antara siri lain Pure Beauty yang disediakan Watsons Malaysia adalah Pure Beauty Pomegranate Urban Shield, PINk by Pure Beauty It’s Pore Perfection dan PINK by Pure Beauty Pink Skin.