MENERUSKAN kejayaan kolaborasi Puma x Sophia Webster yang sangat popular, Sophia Webster dan Puma kembali melancarkan koleksi kedua mereka yang diilhamkan daripada musim bunga/panas, dengan mengetengahkan tema ‘Princess Life’ menerusi gandingan cetakan lukisan tangan, elemen metalik dan kilauan glitter.

Personaliti dan keunikan Sophia Webster telah digunakan sebagai sumber inspirasi untuk koleksi terbaharu Puma x Sophia Webster yang memperkenalkan konsep metalik, elektrik dan pastel, diperincikan dengan feather print ombre, cetakan digital bercorak buah dan juga aspek glitter.

Koleksi penuh Puma x Sophia Webster juga memperkenalkan jaket dan baju T menggunakan palet warna lebih berani.