PANGGILAN kepada semua penggemar makanan! Kempen pesta makanan tahunan The Curve yang bertemakan Food Park: Where Food Lovers Meet, kembali sekali lagi dengan menawarkan pelbagai pilihan sajian enak, manisan serta pencuci mulut dan hidangan yang menggiurkan dari 27 hingga 30 Seprtember ini.

Dekor pesta makanan pada kali ini akan mengetengahkan gerai-gerai makanan pelbagai warna berserta panji-panji bendera dan lampu berwarna-warni yang pastinya akan menambat pemandangan.

Bagi menyempurnakan lagi pesta ini, penggemar makanan pasti teruja dengan pilihan 20 gerai makanan yang menawarkan bermacam-macam aneka hidangan seperti nasi kerabu, mee rebus, dimsum halal serta sajian Jepun dan Korea.

Bagi peminat masakan barat, mereka boleh mencuba nachos keju, lasagna dan hidangan barbeku    yang enak! Antara sajian pencuci mulut dan manisan pula seperti pisang goreng keju, kek cawan yang gebu, pulut mangga dan bermacam-macam hidangan jenis manisan mulut.

Pengurus Besar Kanan the Curve Jazmi Kamarudin berkata, pihaknya yakin, tema Food Park pada tahun ini akan menarik segenap lapisan pengunjung untuk meluangkan hujung minggu mereka dengan menikmati segala tawaran menu yang disediakan!” katanya.  

 Pengunjung yang berbelanja RM150 dan ke atas dalam maksimum dua resit akan layak menebus sebuah Snugg 2-in-1 Pillow-Blanket, serta dua tiket wayang MMCineplexes! Semua penebusan adalah tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.