KAKI wayang kini boleh menikmati dan mengalami keterujaan daripada filem-filem pecah panggung yang padat dengan adegan aksi atau menyingkap perasaan seram mereka bersama Pepsi baharu dengan rasa hebat tanpa kalori, dan kini boleh didapati di mana-mana cawangan TGV Cinemas di seluruh negara.

Pepsi baharu ini membolehkan penggemar wayang untuk menikmati minuman yang lebih sihat bersama snek pilihan mereka.

Digelar sebagai “Rasa Minuman Yang Dinanti”, Pepsi baharu tersebut diperkenalkan pada awal tahun ini untuk warga Malaysia menikmati rasa kola yang lebih hebat tanpa kalori.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuban T. Sundaram berkata, Pepsi baharu menjanjikan warga Malaysia rasa mempesonakan yang mereka boleh nikmati tanpa rasa bersalah.

Pengguna juga boleh mendapatkan Pepsi baharu ini dalam pelbagai saiz termasuk tin 320 ml, pek empat tin (320 ml), botol PET 400 ml dan botol PET 1.5 L. Produk ini tersedia di seluruh kedai runcit, pasar raya dan kedai serbaneka.