SUAMI atau bapa-bapa kini lebih kacak bergaya dan amat menitikberatkan penampilan. Hadiahkan mereka dengan empat pilihan jam tangan baharu yang serba hebat ini!

Armani Exchange (AX2516) RM1,079

Tali jam tangan keluli tahan karat klasik dengan padanan dial berwarna biru gelap – suatu sentuhan evergreen yang tidak dimamah usia. Hadiahkannya kepada bapa / suami yang gemar mengikuti perkembangan fesyen terkini, namun masih ingin mengekalkan ciri-ciri vintaj.

Emporio Armani (AR11123) RM1,549

Rekaan ringkas degan kemasan yang elegan. AR11123 mengutamakan gaya kasual yang sesuai dipadankan dengan apa sahaja namun masih ada kelasnya tersendiri serta mengekalkan imej penuh prestij.

Fossil NEUTRA (FS5454) RM769

Jam tangan Fossil ini pastinya akan membangkitkan perasaan yang tenang dan damai. Warna biru gelap dengan padanan rona gangsa menyerlahkan lagi karakter unik jam tangan ini, seperti perwatakan bapa anda yang unggul.

Michael Kors GAGE (MK8617) RM1,129

Perincian GAGE tersembunyi pada dial jam tangan dan padanan warna biru serta silver yang unik, memberikan impak berani penuh keunggulan. Hadiah terbaik buat seorang suami / bapa yang hebat!