“Alamak, bocor lagi!” Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, adakah anda pernah berada dalam situasi ini? Tatkala bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan, kebocoran susu berlaku! Penggunaan nursing pad pakai buang mampu mengatasi masalah ini disamping memberikan anda keselesaan dan keyakinan untuk meninggalkan rumah tanpa perlu risau mengenai masalah kebocoran! Nursing Pad Pakai Buang Siang dan Malam Tollyjoy direka bagi memudahkan pengalaman menyusukan anak anda. Direka mengikut tubuh badan para ibu, nursing pad boleh dipakai secara mudah di dalam coli penyusuan atau coli biasa dengan menggunakan dua perekat mudah, memastikan ia melekat kemas dan tidak kelihatan di bawah permukaan coli.