KAKITANGAN Nu Skin Malaysia baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 160 orang peserta, termasuk 20 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan Penyakit Jantung Congenital (CHD), dengan membawa mereka ke Taman Burung KL ikonik untuk berseronok dan bersenam.

Ia sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan Nu Skin.

Nu Skin Malaysia telah menjalin perkongsian jangka panjang dengan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan Program Amal Jantung Negara untuk 'Glennagles A-Heart-for-A-Heart' untuk menaja dan menyokong kanak-kanak tersebut yang perlu menjalani prosedur jantung, rawatan atau pembedahan di hospital masing-masing.

Antara yang dilakukan adalah menerusi Dana Jantung Anak Asia Tenggara (SEACHF) Nu Skin, yang merupakan bukti sebenar bagi syarikat itu menjadi kekuatan dengan memperbaiki kehidupan melalui pelbagai projek dan usaha.

Dalam keadaan ekonomi yang sedang merosot dan kos sara hidup yang semakin meningkat, sumbangan daripada pengedar dan pekerja Nu Skin dari rantau ini (Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura Brunei, Indonesia dan Vietnam) membolehkan SEACHF membantu menyumbang dana kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang perlu menjalani prosedur jantung, rawatan atau pembedahan.

Sejak 2008, Nu Skin Malaysia telah membantu lebih 254 kanak-kanak, sekali gus mewujudkan senyuman dan memupuk budaya 'Force for Good' melalui sekumpulan individu yang berdedikasi yang mengasihi anak-anak tersebut.