MEMASANG impian untuk pencen sebagai jutawan muda pada awal berniaga dahulu, nyata telah berjaya dicapai oleh Ikon Inspirasi kali ini iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Global Secret, pengeluar produk losyen kurus jenama Secret Correa, Nor Azila Mohamad Azmi pada usianya kini 33 tahun.

Memulakan langkah menceburi bidang perniagaan pada usia 25 tahun, menjadikan wanita muda ini cekal dalam dunia perniagaan sehingga memiliki perniagaan sendiri sejak empat tahun lalu.

Nor Azila berkongsi yang impiannya untuk membina perniagaan sendiri bermula daripada bawah berserta minatnya untuk mencipta sesuatu yang berbeza bagi kebaikan semua.

Bermula dengan lawatan ke Korea pada awal 2013, Nor Azila melihat kecantikan semula jadi pada fizikal dan wajah penduduk di sana yang cantik dan menawan telah menjentik hatinya untuk mencari formula yang boleh menghasilkan produk bagi mendapatkan bentuk badan cantik seperti penduduk di negara tersebut.

"Hasil penelitian ke atas rakyat Malaysia yang ramai antara kita mempunyai masalah berat badan, menyebabkan saya memperkenalkan produk sulung saya iaitu Losyen Kurus Secret Correa pada 2014.

"Alhamdulillah formulasi losyen kurus sejuk, nyata berjaya menarik ramai pelanggan untuk menggunakannya.

"Kini, setelah kejayaan produk utama itu, kami memperkenalkan dua lagi produk yang juga membantu mereka di luar sana mengatasi masalah berat badan," katanya ketika ditemui di cawangan Secret Correa di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Empat tahun membina empayar, kini kejayaannya mengekalkan perniagaan yang semakin dikenali itu, mahu dikongsi bersama dengan jurujualnya yang terdiri daripada ejen dan stokis.

Ketika berniaga dahulu, dia memulakannya dengan melabur ilmu, melabur wang dan melabur mentor.

"Pelaburan sedemikian penting bagi saya untuk elak daripada tersasar dan penat di kemudian hari. Kerana dalam dunia perniagaan ini, gagal dua tiga kali, masih boleh bangun, namun tidak mungkin 44 kali kita jatuh kita boleh teruskan bangun tanpa bantuan kumpulan yang menyokong kita selama ini.

"Dari situ, saya nekad dengan ilmu yang ada selama dalam bisnes ini dan sentiasa belajar dari semasa ke semasa akan dikongsikan dengan stokis dan ejen di bawah saya.

"Kejayaan jurujual saya ini juga yang kini ramai bergelar usahawan adalah kerana 'big why' saya dahulu dan kekuatan mahu bantu mereka yang pernah duduk dalam keadaan saya dahulu ketika susah," ujarnya.

Stokis contoh

Antara ramai jurujual, mereka yang punyai matlamat lebih tinggi untuk berjaya, akan dibimbing sehingga berjaya dalam perniagaan tersebut.

Buktinya, salah seorang stokis cawangan Seri Kembangan, Ayu Marini Abidin, 32, berjaya menunjukkan komitmennya untuk lebih berjaya setelah tiga tahun bersama Secret Correa.

Nor Azila berkata, jurujual sama ada stokis atau ejen yang mengikut jejak langkahnya dengan melabur untuk ilmu, masa dan kudrat pasti akan menjadi usahawan berjaya dan akan dijadikan contoh kepada yang lain untuk mengikutinya.

Menurut Ayu Marini, peluang menjadi dropship Secret Correa setelah ditemukan dengan Nor Azila, menjadi satu titik perubahan besar dalam hidupnya.

"Alhamdulillah atas tunjuk ajar ilmunya, dalam tempoh tiga bulan sahaja, saya sudah berjaya berada di peringkat tertinggi dalam kedudukan jurujual di syarikat ini.

"Pendapatan kini juga mencecah enam angka sebulan dan menjadikan saya terus nekad untuk lebih berjaya dan membantu mereka di luar sana menyertai bisnes sepertinya untuk sama-sama menjana pendapatan," katanya.

Cipta karektor sendiri

Nor Azila juga mahu produk yang dihasilkan lain daripada yang lain dan punyai karektor tersendiri.

"Seperti Losyen Secret Correa, ia sesuai bagi membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan tetapi dengan rasa sejuk setelah disapu pada kulit.

"Justeru dengan hanya RM99 harga promosi bagi sebotol losyen, pengguna akan merasai kelainannya," ujarnya mengakhiri perbualan.