MIDEA Scott & English Electronics Sdn Bhd, memperkenalkan mesin pencuci serba gunanya, Midea Fun Multiple Cleaner (MDW 2601-0R/MDW-2601-BL) yang mampu memudahkan kerja-kerja mencuci di bahagian dapur.

Midea Fun Multiple Cleaner direka bersesuaian dengan dapur kecil, inovatif selain mempunyai sistem kawalan sentuh (touch screen) yang intuitif.

Dengan pencucian 360 darjah bersama aliran air tekanan tinggi di seluruh rongga, Midea Fun Multiple Cleaner juga mempunyai enam jenis mod pembersihan iaitu mod ekonomi, mod satu jam, mod cepat, mod basuh buah-buahan, mod basuhan barangan bayi dan mod basuhan barangan kaca.

Selain itu, ia juga menggunakan stim untuk mensteril botol susu bayi dan menjadikan perkakasan berasaskan kaca berkilau!

Tak cukup dengan itu, Midea Fun Multiple Cleaner menawarkan kitaran pengeringan yang penuh dalam jangka masa 29 minit.

Menariknya, Midea Fun Multiple Cleaner hanya menggunakan purata lima liter air berbanding pencucian menggunakan tangan untuk jumlah cucian serupa!

Midea Fun Multiple Cleaner juga disertai dengan aksesori seperti kendi air, bakul untuk buah-buahan, rak botol bayi dan lain-lain.