WANGIAN penuh kemewahan antarabangsa, Amouage, memperkenalkan Love Tuberose, wangian baharu dalam Koleksi Secret Garden. Wangian flora romantik ini meneruskan enigma dan ceritera cinta yang bersemarak dalam koleksi ini, untuk mengulit hati dan perasaan serta keinginan menghayati keindahan sastera dan muzik klasik Rusia. Love Tuberose mengadunkan kehangatan dan keharmonian Gardenia (bunga Cina), Tuberose (bunga sundal malam), dan Jasmine (melur) dengan sentuhan kelembutan vanila dan krim C untuk mencipta kemanisan yang dramatik dan menarik.