SENTUHAN akhir yang sempurna dengan sebarang gaya mekap, tidak kira siang atau malam, sudah pastinya adalah dengan calitan gincu bibir. Justeru Loreal Paris Cosmetics merentas sempadan dan melebihi jangkauan dengan Matte Obsession, gincu matte yang paling berani tetapi juga paling lembap sehingga kini. Diperkaya dengan minyak jojoba dan Camelia, Gincu Color Riche Matte Lipstik membolehkan anda merias bibir dengan matte tanpa rasa bibir kering. Pilih daripada warna-warna idaman seperti Peachy Brown, Vin de Fantasme, Plum Mannequin, Chocolat Rouge, Ruby D'oeuvre, Cherry Crush, Spring Rosette, Black Cheery, Beige Couture dan Raspberry Syrup.