KAO Malaysia sekali lagi memperkenalkan Laurier serba baharu yang hadir dengan gaya dan penampilan lebih segar. Pembungkusan baharu Laurier menyerlahkan identiti baharu produk yang “Diperbuat dengan Penuh Perhatian”. Direka dengan mengambil kira keperluan dan kemudahan golongan wanita, tuala wanita serba baharu Laurier mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, terutama ciri “Ultra Absorbent Core”. Laurier serba baharu hadir dalam Perfect Comfort (Maxi &Slim) dan Night Safe (dengan & tanpa kedutan).