KONSEP keindahan berbeza antara satu insan dengan insan yang lain. Setiap kita akan mendefinisikan keindahan secara berbeza dan terkadang, mengejutkan. Di Poh Kong, keindahan adalah didefinisikan sebagai rakyat Malaysia melupakan perbezaan demi mengutamakan negara serta memelihara nilai kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu sejak 61 tahun yang lalu. Dan keindahan di mata kami, adalah apabila rasa saling menghormati tanpa mengira bangsa, dizahirkan. Justeru, sempena menyambut Bulan Kemerdekaan yang paling bermakna ini, Poh Kong telah mengumpulkan barang kemas rekaan sempurna daripada pelbagai koleksi, sebagai satu penyataan akan sebuah perpaduan. Antara koleksi yang diperkenalkan seperti Anggun yang mengandungi koleksi bunga raya, koleksi manja, Auspicious, Bombay dan Tranz.