INGIN mencari kelainan busana pada musim sejuk ini, koleksi musim sejuk daripada jenama terkenal Fendi, boleh menjadi timbangan. Koleksi kali ini, Fendi bijak dengan permainan tekstur dan perincian mewah pada busana mereka yang pasti mengagumkan peminatnya. Busananya menampilkan inovasi masa depan yang berharga, di mana memberi pendekatan Orphis untuk lukisan tulen yang punyai Neoklasikal tersendiri. Palet pelangi impasto juga yang diperincikan melembutkan warna busana tersebut iaitu warna aprikot, lavender dan merah jambu sherbet. Fabrik pula, menggunakan kain organza dan sifon serta bulu-bulu kasmir, renda dan lukisan tangan yang unik serta menarik.