KIMBALL telah menjemput Selebriti Cef Fikree untuk melawat rumah pemenang hadiah utama Peraduan Raya Kimball.

Pengurus Pemasaran, Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Tania Lee berkata, Kimball sentiasa mencari cara kreatif dan berbeza dalam memberikan ganjaran dan mewujudkan interaksi bersama pengguna setia mereka.

“Kami sangat teruja dapat melawat rumah-rumah pengguna setia Kimball buat kali pertama dan ia satu pengalaman berharga kerana dapat mengenali keluarga-keluarga ini dengan lebih rapat.

"Kami juga berbesar hati dapat mencipta pengalaman unik dan bermakna bersama Cef Fikree bagi pemenang ini selain meringankan beban mereka dalam penyediaan rumah terbuka raya yang lalu,” katanya.

Dua pengguna setia Kimball iaitu, Haniff Baharom dari Pahang dan Mariah Idris dari Selangor merupakan pemenang dan turut berpeluang menikmati jamuan bersama Cef Fikree.

Kedua-dua pemenang turut menerima hamper Tupperware bernilai RM1,000 setiap satu.