SETIAP tahun, banyak pakaian yang dibuang disebabkan oleh warna luntur, atau fabrik yang telah kecut dan regang. Ini sudah pasti akan memenuhi tapak pelupusan sampah dan menyebabkan ancaman lebih besar kepada alam sekitar.

Pengetahuan pembasuhan yang betul mengikut jenis fabrik boleh mengekalkan pakaian untuk tahan lama dan kekal cantik.

Electrolux, peneraju perkakas rumah dan juga penjagaan fabrik, mengumumkan kerjasama dengan TOP; jenama pencuci No. 1 di Malaysia untuk merevolusikan cara membersih dan penjagaan fabrik rakyat Malaysia. Kerjasama ini akan menyaksikan kedua-dua syarikat membawa teknologi penjagaan fabrik yang unggul untuk manfaat pengguna.

Mesin basuh muatan depan Electrolux dengan UltimateCare yang dilengkapi UltraMix membolehkan pakaian paling halus sekalipun tampak segar dan baharu walaupun setelah dibasuh berkali-kali. Manakala, pencuci TOP Low Suds yang dicipta khas untuk mesin basuh muatan depan, memberikan basuhan lebih berkesan dan cekap supaya fabrik tahan lebih lama.

Dengan gabungan ini, setiap pakaian yang dibasuh dengan mesin Electrolux UltimateCare bersama TOP Smart Clean, ia dibasuh dengan teliti, bermula daripada pra-basuhan hingga ke akhir.

Harga runcit mesin basuh muatan depan dengan UltimateCare bermula daripada RM3,549 dan kini berada di Malaysia.

Pencuci TOP Low Suds Berkecekapan Tinggi (H.E) boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair pencuci, di pasar raya seluruh negara.

Melalui kerjasama ini, pelanggan yang membeli model terpilih mesin basuh muatan depan Electrolux akan menerima pek permulaan pencuci Low Suds dari TOP, untuk memastikan anda mengalami cucian yang cekap. Pengguna yang membeli pencuci TOP Low Suds berpeluang memenangi mesin basuh Electrolux dengan menyertai peraduan yang akan bermula Oktober ini.