KESIBUKAN gaya hidup warga kota boleh mengakibatkan masalah mata yang lesu dan kering. Justeru, Acuvue, mengingatkan rakyat Malaysia untuk lebih prihatin tentang kesihatan mata. Inovasi terkini Acuvue boleh menangani masalah ketidakselesaan mata. Kanta lekap Acuvue Oasys 1-Day with Hydraluxe Technology dilengkapi reka bentuk ‘tear-infused’ dengan rangkaian lembapan yang dipertingkatkan serta ciri-ciri seperti air mata untuk menyokong lapisan air mata setiap hari. Bukan itu sahaja, bahan silikon kanta yang sangat telus udara juga diintegrasikan dengan lapisan air mata semula jadi.