BAGI wanita yang mementingkan keanggunan dan kemewahan pada aksesori jam tangan mereka bagi nampak lebih menawan dan berkeyakinan, koleksi baharu Jaeger-LeCoultre iaitu Joaillerie 101 Reine dan Joaillerie 101 Feuille yang diperbuat daripada emas merah jambu dengan perincian unik memberi daya tarik tatkala menghadiri acara sosial. Diperkenalkan pada acara Festival Filem Antarabangsa Venice baru-baru ini, telah menarik ramai peminatnya untuk mengikuti model baharu ini yang serba mewah. Si pemakainya seolah-olah memainkan peranan sebagai heroin pada waktu siang dan malam.