LAPORAN Ekonomi Pelancongan Kesejahteraan Global 2013 mentakrifkan kesejahteraan sebagai kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.

Ia bukan sekadar bermaksud bebas daripada penyakit atau keuzuran tetapi juga menekankan gaya hidup proaktif, sihat dan sejahtera.

Banyak syarikat dan ramai individu membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pelan penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan tetapi kurang atau tidak memberi perhatian kepada program kesejahteraan yang boleh mengelakkan atau melengahkan seseorang daripada jatuh sakit.  

Di Malaysia, media melaporkan 162,201 kematian pada 2016, peningkatan 4.1 peratus berbanding 2015 (155,786). Penyakit jantung iskemia ialah punca utama kematian pada 2016 (13.2 peratus), disusuli pneumonia (12.5 peratus), penyakit serebrovaskular (6.9 peratus) dan seterusnya penyakit-penyakit pernafasan.

Angka ini akan meningkat pada tahun-tahun yang akan datang, menjadikan amalan menjaga kesejahteraan penting untuk menjaga kesihatan masyarakat.

Berikutan situasi tersebut, HerbaLine merayakan Hari Kesejahteraan Global dengan cara yang lebih bermakna selaras dengan evolusi syarikat iaitu daripada jenama spa muka kepada jenama kecantikan dan kesejahteraan bersepadu.

Timbalan Pengurus Besar HerbaLine, Gary Sho berkata, masih ramai faham tentang konsep kesejahteraan.  

“Ramai menyamakan kecergasan mental dan fizikal dengan kesihatan. Malah, untuk menjadi benar-benar sihat, kita perlu menguruskan aspek kesihatan minda, badan dan emosi secara holistik.

"Justeru, selaras dengan falsafah HerbaLine, syarikat ini merayakan Hari Kesejahteraan Global dengan menghebahkan kefahaman dan petua kesejahteraan menerusi saluran media sosial dan pengedaran risalah kepada pelanggan dan orang ramai," ujarnya.

Mengilhamkan slogan perniagaan dan tema kesejahteraan syarikat iaitu “Eating Well & Looking Well” (Jaga Pemakanan dan Penampilan) bagi 2018, membolehkan mereka menawarkan pengalaman menyegarkan, memulihkan dan melegakan badan, fikiran dan perasaan kepada orang ramai, merangkumi kesejahteraan dan kesihatan menyeluruh dari dalam ke luar.

Untuk menggalakkan amalan jaga pemakanan, restoran makanan sihat HerbaLine Mama Kim menawarkan satu sajian makanan sihat percuma dengan setiap pembelian sajian makanan pada Hari Kesejahteraan Global. Kafe menyediakan menu lengkap dengan falsafah "Sihat itu Lazat", berasaskan konsep 80 peratus sayuran dan 20 peratus daging dalam satu sajian makanan.    

Dari sudut jaga penampilan pula, HerbaLine Facial Spa menawarkan setiap pelanggan menikmati rawatan lilin parafin kaki secara percuma. Ia dilakukan bagi mendapatkan penampilan terbaik yang penting bagi pelanggan untuk meningkatkan harga diri, keyakinan diri seterusnya kesejahteraan mental.  

Turut menawarkan rawatan urutan muka dan badan yang disertakan perkhidmatan nilai tambah seperti mandian kaki garam laut, terapi spa ikan, minuman serai untuk nyah toksin dan sebagainya yang membuat pelanggan tampak segar serta dibaluti kesejahteraan.  

Petua jaga kesejahteraan oleh Sho:

1. Jaga kesihatan fizikal

Lakukan senaman fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kerana dapat meningkatkan fungsi otak, mood dan tenaga. Pastikan masuk tidur dan bangun pagi pada waktu yang sama setiap hari.

2. Jalin hubungan yang sihat - letak pic - keluarga

Sistem sokongan penting untuk menjamin kesejahteraan. Luangkan masa yang berkualiti bersama orang yang benar-benar sayangkan anda dan mementingkan kesihatan dan kebahagiaan anda. Pakar-pakar mencadangkan percutian sekali sekala untuk memulihkan kesegaran, kecergasan dan kesejahteraan.

3. Uruskan tekanan dan kawal perasaan  

Apabila anda tidak boleh mengubah keadaan, anda boleh cuba mengubah fikiran. Menguruskan keadaan dengan cara yang sihat seperti meditasi, yoga, menulis, melukis, mendengar muzik atau mencurahkan perasaan kepada seorang yang anda percayai.  

4. Makan dengan baik

Pemakanan ialah asas bagi kesihatan dan kesejahteraan fizikal dan mental. Cuba amalkan pengambilan lima warna makanan sehari kerana fitonutrien dalam sayuran dan buah-buahan bukan sahaja mampu menguatkan sistem imun untuk mencegah kanser dan penyakit jantung tetapi juga baik untuk menentang penuaan dan membaiki DNA. Minum banyak air! kerana ia penting untuk kesihatan badan dan mental.