1. Nyatakan dengan jelas kepada anak anda tentang kelakuan yang sesuai dengan keadaan pada bila-bila masa sahaja.

2. Adakan peraturan yang tegas dan terangkan dengan jelas kepada anak-anak anda.

3. Tidak perlu terlalu banyak peraturan. Adakan beberapa aturan penting sahaja dan pastikan anda laksanakan dengan tegas.

4. Ingatlah bahawa peraturan tersebut mungkin perlu diulangi dari semasa ke semasa.

5. Jangkakan sedikit kenakalan dan pelanggaran peraturan dari anak anda kerana mereka masih belajar untuk menyesuaikan diri dengan disiplin.

6. Pastikan peraturan dan disiplin tersebut disesuaikan mengikut umur dan tahap kematangan anak anda.

7. Pastikan anda dapat mengawal diri dengan baik sekiranya mendapati anak anda melanggar disiplin. Jangan biarkan kemarahan menyebabkan anda bertindak mengikut emosi.

8. Sekiranya anak anda dapat mendisiplinkan diri dengan baik, pastikan anda menujinya agar dia mendapat peneguhan positif dari semasa ke semasa.

9. Jadilah model peranan yang baik. Selesaikan masalah anak dengan cara terkawal, amalkan komunikasi efektif dan didiklah mereka bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Kredit: Petikan Buku Panduan Keibubapaan Cemerlang Anakku Sayang oleh Hushim Salleh (Kaunselor dan pakar motivasi)