BERDASARKAN Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 3.6 juta pesakit atau 17.5 peratus daripada keseluruhan penduduk negara kini mengalami diabetes, menjadikan penyakit tersebut beban kepada masyarakat Malaysia.

Salah satu perkara yang merisaukan adalah peningkatan bilangan pesakit muda yang didiagnosis menghidap diabetes mutakhir ini.

Perkara ini membimbangkan kerana pesakit yang lebih muda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kerumitan pada peringkat awal.

Penghidap diabetes Jenis 2 yang berlaku apabila pesakit yang boleh menghasilkan insulin, tetapi sel-sel badannya tidak menggunakan insulin dengan sebaik mungkin, menyebabkan pengumpulan gula dalam darah (mungkin menghidapi penyakit kardiovaskular teruk seperti serangan jantung, kegagalan jantung dan strok), mempunyai kemungkinan dua hingga enam kali lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat kerumitan kardiovaskular.

Di samping itu, Pakar Runding Endokrinologi, Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein sendiri mengakui, diabetes juga merupakan punca utama penyakit buah pinggang, dengan anggaran satu daripada empat dewasa yang menghidapi diabetes mengalami kerosakan buah pinggang.

“Pesakit diabetes Jenis 2 biasanya tidak menyedari bahaya penyakit jantung. Kerumitan seperti sakit jantung koronari dan kegagalan jantung dialami oleh penghidap diabetes kerana pengumpulan plak yang menyekat arteri, lantas mengurangkan aliran darah ke jantung dan berpotensi menyebabkan serangan jantung," katanya.

Sementara itu, Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara, Datuk Sri Dr Azhari Rosman berkata, tanpa rawatan yang sewajarnya, ia menjadi sukar untuk menguruskan kedua-dua penyakit ini dengan berkesan.

Victoza bantu masalah jantung, diabetes

Justeru, bagi menguruskan penyakit tersebut, Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd memperkenalkan rawatan diabetes (kencing manis) Novo Nordisk, Victoza (liraglutide), yang telah dibuktikan secara klinikal untuk mengurangkan beban jantung dan buah pinggang penghidap diabetes, lantas memberikan masa depan yang lebih cerah kepada pesakit.

Baru-baru ini juga, Victoza telah diluluskan di Malaysia dengan satu indikasi baharu untuk mengurangkan risiko kematian kardiovaskular, serangan jantung yang tidak mengakibatkan kematian dan strok tidak membawa maut dalam kalangan pesakit diabetes Jenis 2.

Pakar Runding Endokrinologi, Dr Chan Siew Pheng berkata, rakyat Malaysia yang menghidap diabetes Jenis 2 kini boleh mendapat peluang baharu dengan syor kegunaan baharu Victoza di pasaran.

"Sebagai profesional penjagaan kesihatan, rawatan ini dialu-alukan kerana ia bukan sahaja memberikan tahap kawalan yang lebih baik terhadap diabetes, tetapi juga mencegah kejadian kardiovaskular yang mungkin membawa maut seperti serangan jantung.

Sementara itu, Naib Presiden dan Pengurus Besar (Malaysia Singapura, Brunei, Sri Lanka dan Maldives), Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd, Richard Abela berkata, di Novo Nordisk, usaha membantu penghidap diabetes mengatasi cabaran mereka adalah sebahagian daripada komitmen mereka selama ini.

"Victoza adalah rawatan mapan yang dipercayai untuk diabetes Jenis 2. Kegunaan baharu ubat yang mengurangkan kejadian kardiovasuklar berkaitan, adalah langkah seterusnya dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti kehidupan pesakit Malaysia.

"Kami berharap untuk menginovasi dalam pilihan rawatan yang akan menangani aspek kritikal penjagaan diabetes yang menjangkaui usaha mengurangkan paras glukosa," katanya.

INFO

Victoza adalah glukagon (GLP-1) analog yang disyorkan untuk rawatan penghidap dewasa diabetes Jenis 26. Ia telah dibuktikan secara klinikal dapat mengurangkan paras glukosa darah dan dikaitkan dengan pengurangan kecil dalam berat dan tekanan darah.