MENGHADAPI masalah uban atau ingin tampil dengan gaya rambut yang menawan? Kini impian anda boleh dipenuhi dengan jenama pewarna rambut, Gumash Nourishing Hair Color yang dibawakan oleh Rangkaian Mercu Health & Beauty.

Menariknya Gumash Nourishing Hair Color ini lahir atas keinginan pengasas, Datin Syarifah Farah Gumash Syed Hussain untuk berkongsi manfaat pewarna rambut berkonsepkan inai yang patuh syariah.

Walaupun beliau sedar ramai pengguna di luar sana yang waswas dengan penggunaan pewarna rambut, Gumash Nourishing Hair Color menjadi penyelesaian yang boleh diyakini apabila menggunakan bahan-bahan yang tidak bercanggah dengan syarak.

Selain daripada bahan-bahan yang telah diteliti, Gumash Nourishing Hair Color juga merupakan penyelesaian kepada isu yang paling utama iaitu telap air. Bagi memastikan pewarna rambut ini telap air, kajian yang telah mereka jalankan memakan masa selama lebih kurang satu setengah tahun. Selain daripada ahli kimia, kajian ini juga turut disertai oleh panel syariah iaitu Datuk Zahazan Mohamed dan Ustaz Fauwaz Fadzil.

Setelah memastikan bahan-bahan dan aplikasi mewarnakan rambut yang patuh syarak, dengan izin Tuhan di sinilah lahirnya Gumash Nourishing Hair Color.

Ini kerana beliau menyedari bahawa ramai wanita berhasrat untuk mendapatkan rambut yang berwarna menarik. Ia menjadi dorongan kepada pengasas untuk memenuhi keinginan para wanita namun tidak sesekali mengabaikan sensitiviti agama. Baginya penting untuk memperoleh rambut yang bukan sahaja cantik tetapi juga sihat dan dilihat sempurna.

Produk ini telah menjalani kajian menyeluruh, bukan sahaja sekadar fungsinya untuk mewarnai rambut tanpa merosakkan rambut tetapi paling utama ia halal dan telap air seiring sempurnanya wuduk.